Monday, August 13, 2012

Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Kali ni aku nak bawak korang pi makan kat kedai yang berunsurkan arab sikit..
terletak di Seksyen 9 Shah Alam Selangor..
Restoran ni menyediakan makanan arab serta konsep ala2 timur tengah (padang fasir la)..
Kiranya kat sini ada menyediakan SHAWARMA, LAMB MANDY, CHICKEN MANDY, BARBIKAN dan pelbagai lagi.. (NAN-CHEESE takdak)..

Kedai ni juga ada menyediakan SHISHA..
Selain dari itu mereka juga ada menyediakan dewan untuk siapa2 nak buat majlis PERKAHWINAN atau JAMUAN..
Enjoy dulu gambar2..

Depan kedai laaa


ni menu.. benda ni untuk order bukan untuk makan

nasi ayam je

suasana dalam kedai
Harga yang ditawarkan di restoran ni tidaklah terlalu mahal..
standard kedai arab la..
kira satu kepala dalam RM20.. (bergantung la dengan apa yang korang makan)..
kalau makan mcm jin tak dapat la RM20 sorang kan.. hahaha..

untuk servis pulak kira ok la..
tak la terlalu lama untuk dapatkan makanan..
kedai pun bersih dan selesa..
korang boleh pilih nak makan kat dalam atau open air (ni untuk yang merokok)
ni alamat restoran ni:
Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F,
40000 Shah Alam,
Selangor

Kalau tak jumpa gak korang cari je Plaza Masalam atau Hotel Concorde Shah Alam..
tak pun cari McDonalds seksyen 9 Shah Alam.. 
tanya orang kat situ konpem tau..

p/s: kena cakap arab tau kalau makan kat sini..


Restoran ZZ sup tulang Johor Bahru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Okeh, selama ni aku asyik post kedai makan kat area2 lembah klang je kan..
so kali ni aku nak post satu kedai makan kat johor ni..
nama kedai ni RESTORAN ZZ SUP TULANG






kedai ni berkonsep kan kampung sket..
anda boleh memilih untuk makan bersila atau duduk di kerusi seperti biasa..
kedai ni menyediakan makanan seperti ayam penyet, sup2, bubur nasi, goreng2, nasi ayam, dan mcm2 lagi..
kiranya semua memang power la.. sodapp wa cakap lu..


haaaa.. lupa nak ckp..
mee rebus dia pun power wa ckp lu..
ada mee rebus tulang lagi.. blh layan sroott2

kedai ni ada beberapa cawangan di sekitar Johor..
tapi bagi aku yg paling power dekat belakang ofis JKR (Jalan Petrie) dekat dengan Yayasan Warisan Johor..
untuk maklumat lanjut anda boleh layari facebook page restoran tu kat sini http://www.facebook.com/pages/Restoran-ZZ-Sup-Tulang/113285102025292

rugi woo kalau tak try

Friday, August 10, 2012

Antara kehendak dan kemahuan

Setiap orang ada minat mereka yang tersendiri..
Sama juga macam aku..
Tak tahu kenapa boleh minat kat motosikal berkuasa tinggi ni..
Motor yang ak paling minat sekali ialah Kawasaki ZX6R..

layan gambiran je la gamaknya



smart kan??
mungkin ada yg akan kata beli motor besar ni rugi sbb harga lebih mahal dari keta dan nak maintain pun mahal..
sbb tu kita nk kena buat calculation dan fikir betul2 sblm nk beli motor ni..
kalau mampu tak jadi masalah