Monday, August 13, 2012

Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Kali ni aku nak bawak korang pi makan kat kedai yang berunsurkan arab sikit..
terletak di Seksyen 9 Shah Alam Selangor..
Restoran ni menyediakan makanan arab serta konsep ala2 timur tengah (padang fasir la)..
Kiranya kat sini ada menyediakan SHAWARMA, LAMB MANDY, CHICKEN MANDY, BARBIKAN dan pelbagai lagi.. (NAN-CHEESE takdak)..

Kedai ni juga ada menyediakan SHISHA..
Selain dari itu mereka juga ada menyediakan dewan untuk siapa2 nak buat majlis PERKAHWINAN atau JAMUAN..
Enjoy dulu gambar2..

Depan kedai laaa


ni menu.. benda ni untuk order bukan untuk makan

nasi ayam je

suasana dalam kedai
Harga yang ditawarkan di restoran ni tidaklah terlalu mahal..
standard kedai arab la..
kira satu kepala dalam RM20.. (bergantung la dengan apa yang korang makan)..
kalau makan mcm jin tak dapat la RM20 sorang kan.. hahaha..

untuk servis pulak kira ok la..
tak la terlalu lama untuk dapatkan makanan..
kedai pun bersih dan selesa..
korang boleh pilih nak makan kat dalam atau open air (ni untuk yang merokok)
ni alamat restoran ni:
Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F,
40000 Shah Alam,
Selangor

Kalau tak jumpa gak korang cari je Plaza Masalam atau Hotel Concorde Shah Alam..
tak pun cari McDonalds seksyen 9 Shah Alam.. 
tanya orang kat situ konpem tau..

p/s: kena cakap arab tau kalau makan kat sini..


No comments:

Post a Comment