Di sini aku nak kongsi pengalaman melancong ke Turki.
Alhamdulillah aku dan family diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke salah satu negara yang sangat bersejarah dalam tamadun Islam.
Kami pergi menggunakan khidmat Kembara Sufi Travel and Tours yang memang puas hati. Pakej merangkumi tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan makanan serta tips.
Bertolak dari KLIA pada pukul 12.30 malam dengan MAS MH30 yang mengambil masa lebih kurang 10jam perjalanan dan kami pun mendarat di Istanbul pada pukul 6.00 pagi waktu Turki.
Walaupun baru pukul 6.00 pagi tapi matahari kat sana dah macam pukul 9.00 pagi di Malaysia dan cuaca agak sejuk pada ketika itu di bulan Mei.
Sampai je kat airport di Istanbul terus ke pemeriksaan imigresen dan cop passport lebih kurang 1 jam sebab ramai orang tapi servis laju dan cekap dan lepas tu kami terus disambut oleh guide kami di sana iaitu En Ahmed.
Terus kami di bawa menaiki bas dan menuju ke bandar Istanbul @ Kota Kontantinopel untuk melawat ke Topkapi Palace, Aya Sofya dan juga Blue Mosque.
Pintu nak masuk ke Topkapi Palace |
Pokok-pokok besar di dalam Topkapi Palace |
Bunga-bungaan |
Dalam Aya Sofya |
Kubah Aya Sofya |
Masjid Biru |
Kubah Masjid Biru |
Menara Masjid Biru |
Habis je pusing2 kat tempat ni kami terus makan tengah hari di kedai berdekatan dengan kawasan tersebut.
Lepas makan tengah hari terus naik bas dan menempuh perjalanan selama 8 jam untuk menuju ke Ida Kale Resort Otel di Canakkale.
Sepanjang perjalanan memang tidur je sebab jetlag kot. Mengantuk dan penat.
Ida Kale Resort Otel |
Kawasan hotel |
Hotel ni tepi pantai |
Pintu masuk hotel |
Akan bersambung untuk hari yang kedua.
Gambar banyak sebenarnya tapi sebab hardisk rosak maka hilang semuanya.
Terima kasih untuk sharing pengalamannya.. semoga saya bisa ke turki suatu saat
ReplyDelete