Friday, March 20, 2015

Pengalaman melancong ke Turki - Hari 1

Assalamualaikum semua.

Di sini aku nak kongsi pengalaman melancong ke Turki.

Alhamdulillah aku dan family diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke salah satu negara yang sangat bersejarah dalam tamadun Islam.

Kami pergi menggunakan khidmat Kembara Sufi Travel and Tours yang memang puas hati. Pakej merangkumi tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan makanan serta tips.

Bertolak dari KLIA pada pukul 12.30 malam dengan MAS MH30 yang mengambil masa lebih kurang 10jam perjalanan dan kami pun mendarat di Istanbul pada pukul 6.00 pagi waktu Turki.

Walaupun baru pukul 6.00 pagi tapi matahari kat sana dah macam pukul 9.00 pagi di Malaysia dan cuaca agak sejuk pada ketika itu di bulan Mei.

Sampai je kat airport di Istanbul terus ke pemeriksaan imigresen dan cop passport lebih kurang 1 jam sebab ramai orang tapi servis laju dan cekap dan lepas tu kami terus disambut oleh guide kami di sana iaitu En Ahmed.

Terus kami di bawa menaiki bas dan menuju ke bandar Istanbul @ Kota Kontantinopel untuk melawat ke Topkapi Palace, Aya Sofya dan juga Blue Mosque.




Pintu nak masuk ke Topkapi Palace


Pokok-pokok besar di dalam Topkapi Palace

Bunga-bungaan

Dalam Aya Sofya

Kubah Aya Sofya

Masjid Biru

Kubah Masjid Biru

Menara Masjid Biru

Habis je pusing2 kat tempat ni kami terus makan tengah hari di kedai berdekatan dengan kawasan tersebut.
Lepas makan tengah hari terus naik bas dan menempuh perjalanan selama 8 jam untuk menuju ke Ida Kale Resort Otel di Canakkale.
Sepanjang perjalanan memang tidur je sebab jetlag kot. Mengantuk dan penat.

Ida Kale Resort Otel

Kawasan hotel

Hotel ni tepi pantai

Pintu masuk hotel
So selesai untuk hari pertama.
Akan bersambung untuk hari yang kedua.
Gambar banyak sebenarnya tapi sebab hardisk rosak maka hilang semuanya.

Tuesday, February 11, 2014

KEMBALI SEMULA

Entah mengapa, tiba-tiba teringat.Sudah lama tidak mengukir kata di sini.
Mungkin terlalu sibuk.
Atau blog bukan lagi menjadi satu medan pengantara yang baik.

Kadangkala ada blog yang serabut, semak, dan tidak menarik.
Menjadikan kita semakin lupa.
Banyak lagi medium sosial yang lebih menarik.

Entahlah.
Cuba fikirkan

Sunday, November 25, 2012

Restoran Malay Village

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ni kita akan ke Johor lagi.
Nama kedai ni ialah Restoran Malay Village.

Kedai ni menyediakan pelbagai jenis makanan.
Seafood ada, goreng2 ada, bakar2 ada.
Air pulak macam2 jenis, 
Memang best2 la.
Kita layan gambiran2 dulu.

Ada sate, ada ayam, ada seafood

suasana kedai yang menarik

Malay Village Restaurant


Mintak maaflah sebab gambar tak banyak.
Sibuk nak makan masa tu.
Maklumlah datang pun memang dah kebulur sangat.

Bagi aku restoren ni best la
Suasana best, bersih, makanan pun sedap.
Cuma sedikit mahal dan parking kereta yang agak tak mesra sikit sebab kena parking depan rumah orang.
Masa aku datang makan aritu siap ada tuan rumah datang marah2 sebab ada customer yang parking depan rumah dia. hahaha.

Lokasa kedai ni ada dua, iaitu di:
Kolam Air Branch
No 9A, Jln Kolam Air, 80100 JB Johor
Telephone :
+607-221 1221

Kolam Nusa Bestari Branch

No 51, Jln Bestari 1/5, Tmn Nusa Bestari
81300 JB Johor
Telephone :
+607-512 6020
 
Untuk cawangan Kolam Air tu lokasi restoren ni berdekatan dengan Hotel Thistle kat area2 Pantai Lido.
ataupun boleh terus hubungi mereka di sini:

Monday, August 13, 2012

Restoran Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam

Kali ni aku nak bawak korang pi makan kat kedai yang berunsurkan arab sikit..
terletak di Seksyen 9 Shah Alam Selangor..
Restoran ni menyediakan makanan arab serta konsep ala2 timur tengah (padang fasir la)..
Kiranya kat sini ada menyediakan SHAWARMA, LAMB MANDY, CHICKEN MANDY, BARBIKAN dan pelbagai lagi.. (NAN-CHEESE takdak)..

Kedai ni juga ada menyediakan SHISHA..
Selain dari itu mereka juga ada menyediakan dewan untuk siapa2 nak buat majlis PERKAHWINAN atau JAMUAN..
Enjoy dulu gambar2..

Depan kedai laaa


ni menu.. benda ni untuk order bukan untuk makan

nasi ayam je

suasana dalam kedai
Harga yang ditawarkan di restoran ni tidaklah terlalu mahal..
standard kedai arab la..
kira satu kepala dalam RM20.. (bergantung la dengan apa yang korang makan)..
kalau makan mcm jin tak dapat la RM20 sorang kan.. hahaha..

untuk servis pulak kira ok la..
tak la terlalu lama untuk dapatkan makanan..
kedai pun bersih dan selesa..
korang boleh pilih nak makan kat dalam atau open air (ni untuk yang merokok)
ni alamat restoran ni:
Restoran Zam Zam,
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F,
40000 Shah Alam,
Selangor

Kalau tak jumpa gak korang cari je Plaza Masalam atau Hotel Concorde Shah Alam..
tak pun cari McDonalds seksyen 9 Shah Alam.. 
tanya orang kat situ konpem tau..

p/s: kena cakap arab tau kalau makan kat sini..


Restoran ZZ sup tulang Johor Bahru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Okeh, selama ni aku asyik post kedai makan kat area2 lembah klang je kan..
so kali ni aku nak post satu kedai makan kat johor ni..
nama kedai ni RESTORAN ZZ SUP TULANG






kedai ni berkonsep kan kampung sket..
anda boleh memilih untuk makan bersila atau duduk di kerusi seperti biasa..
kedai ni menyediakan makanan seperti ayam penyet, sup2, bubur nasi, goreng2, nasi ayam, dan mcm2 lagi..
kiranya semua memang power la.. sodapp wa cakap lu..


haaaa.. lupa nak ckp..
mee rebus dia pun power wa ckp lu..
ada mee rebus tulang lagi.. blh layan sroott2

kedai ni ada beberapa cawangan di sekitar Johor..
tapi bagi aku yg paling power dekat belakang ofis JKR (Jalan Petrie) dekat dengan Yayasan Warisan Johor..
untuk maklumat lanjut anda boleh layari facebook page restoran tu kat sini http://www.facebook.com/pages/Restoran-ZZ-Sup-Tulang/113285102025292

rugi woo kalau tak try

Friday, August 10, 2012

Antara kehendak dan kemahuan

Setiap orang ada minat mereka yang tersendiri..
Sama juga macam aku..
Tak tahu kenapa boleh minat kat motosikal berkuasa tinggi ni..
Motor yang ak paling minat sekali ialah Kawasaki ZX6R..

layan gambiran je la gamaknya



smart kan??
mungkin ada yg akan kata beli motor besar ni rugi sbb harga lebih mahal dari keta dan nak maintain pun mahal..
sbb tu kita nk kena buat calculation dan fikir betul2 sblm nk beli motor ni..
kalau mampu tak jadi masalah

Thursday, April 19, 2012

MR Junior Homemade Grilled Burger





Okeeeeh.. kali ni ak bg burger dr Mr Junior Homemade Grilled Burger...
burger buatan rumah la kononnya..

kedai burger ni terletak betul2 dihadapan kedai makan Molek di Pusat Komersial Seksyen 7 , Shah Alam..
burger yg ak try adlah yang gamba 3 dan 4.. iaitu pizza burger berharga RM5.30..
mereka juga ada menyediakan burger2 yang lain seperti roller-coaster, original burger dan mcm2 lagi...

selain di Shah Alam, Mr Junior burger ni juga ada ni Kelana Jaya dan juga di Kajang..
korang boleh tengok kat facebook mereka kat sini http://www.facebook.com/mrjuniorburger..
kalau tengok kat pusat komersial tu mmg bersepah kedai2 burger ni..
bg ak Mr Junior burger tak rugi kalau try...